Thursday, 14 February 2013

Kuda Hitam





Alhamdulillah...tercapai juga hajat kami.Ahli keluarga dah bertambah dan kami perlukan kenderaan yang selesa untuk anak- anak kami. Semoga setiap perjalanan kami dilindungi olehNya.Amin.



My Mentor









Ni aku nyer English mentor dibawah Program Penutur Jati ( Native Speaker).Namanyer Hannah Casey. Dia ni Canadian. Dekat 2 tahun dia guide so far aku boleh katakan dia boleh jadi guru yang baik. Tak dela sombong atau tak boleh tolak ansur. Aku memang tak de masalah dengan dia ni. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia ni racist ke. Tu hak dia. Yang penting dengan aku dia tk buat masalah. Tapi utuk this year mentor aku dah tukar sebab Hannah dah balik Kanada.

Dulu aku suka tanya dia pasal negara dia. Of course la sebab aku manalah ada peluang nak sampai ke sana kan. Last our meeting dia bagi tudung. Siap jahit maple leaf lagi kat tudung tu. I'll miss you Hannah. Thank you for your guidance and support. 


Aku Tak Dapat Pindah!!!



Kelas 1S tahun lepas.


Ni kira entry luahan perasaan. Ok, last year buat sekian kalinye permohonan pindah sekolah aku ditolak. Kalau diikutkan masuk kali ni dah dekat 6 kali permohon pindah sekolah aku GAGAL DILULUSKAN. So maknanya tahun ni masuk tahun ke 5 aku di sekolah ni. Memang aku tensiiiii. Gila lama aku kat sekolah ni. Kira setakat ni, ni la sekolah yang paling lama aku berkhidmat.
Kalau tahun- tahun sebelum ni aku memang berharap sangat dapat pindah sekolah, tapi tahun ni harapan aku ni amat- amat menggunung. Sebabnya, tahun ni aku dah pindah dari Puchong. Maknanya lepas aku naik cuti bersalin ni aku kena ulang alik dari Salak Tinggi ke Puchong setiap hari.
Aku tak paham, kenapa payah sangat aku nak dapat pindah sekolah ni. Hujung tahun lepas, aku ada buat rayuan lepas permohonan aku tak berjaya. Au pergi jumpa pegawai yang incharge bahagian pertukaran tu. Bila aku cakap aku nak jugak pindah staff tu cakap aku kena kesian kan sekolah tu, sebab kalau aku pindah tak de siapa yang ganti tempat aku. Sebak betul aku bila staff tu cakap macam tu. Abis aku ni sape nak kesian? Anak- anak aku sape  pulak nak kesian? Kat situ jugak berderai air mata aku. Pedulila kalau dia ingat aku tengah berlakun nak meraih simpati ke ape ke. Time tu yang aku fikir aku nak PINDAH sekolah. Aku tak sanggup tiap- tiap pagi gerak dari Salak Tinggi ke Puchong. Pastu balik dari Puchong ke Salak Tinggi.
Tapi siapa la aku. Hanya Allah je yang boleh tolong aku. In shaa allah satu hari nanti aku pasti dapat keluar dari sekolah ni dan dapat mengajar di sekolah yang paling dekat dengan rumah aku ni. In shaa Allah.
Apa pun tugas sebagai seorang guru tetap perlu dijalankan dengan rasa keikhlasa dan tanggungjawab. Ni rezeki aku. Kalau aku tak buat dengan ikhlas dan tanggungjawab aku berdosa. Au tak nak rezeki aku tak berkat. Ya Allah, bantu dan bimbinglah hambaMu ini untuk redha dan ikhlas di dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Selamatkanlah perjalananku ke tempat kerja pergi dan balik. Peliharalah anak- anakku sepanjang ketiada beradaan aku disisi mereka. Ameen.




Wednesday, 13 February 2013

Kami Sudah Pindah....

Ok hari ni mood nak buat entri banyak-banyak. Banyak cerita yang patut aku post di blog ni untuk tatapan dimasa masih tertunda. Banyak cerita dan peristiwa penting tahun lepas yang aku nak post kat blog aku. Antara peristiwa atau cerita yang penting yang telah berlaku pada tahun lepas ialah aku pindah rumah.
Rumah lama kami di Taman Mas tu apartment. So aku dan suami fikir sampai bila la kami nak dok turun naik tangga. Pastu bila dah duk dalam rumah rasa malas je nak keluar. Jiran pun aku tak kenal siapa. Anak-anak aku pun sian jer...duk dalam rumah macam burung kena kurung dalam sangkar. Lagi pun ahli keluarga dah bertambah. Tak kan nak dok rumah tu lagi.
Sebenarnya kami beli rumah baru ni dalam tahun 2009. Ingat lagi time tu aku tengah pregnant kan Syifa. Alhamdulillah walaupun tak la besar rumah baru kami ni, tapi rasanya lebih selesa berbanding rumah yang lama tu. Boleh la anak-anak aku kalau nak main basikal kat depan rumah tu. Aku pun celik mata je bolehlah nampak tanah. Pastu kalau husband aku nak g kerja boleh la kami anak beranak nak babaibai. Petang pulak time husband aku balik keje anak-anak aku macam tak jumpe ayah dia setahun, punye la excited. Terlompat- lompat  pastu siap jerit- jerit lagi. Buat malu jer...dah namanye pun budak kan..
Aku tak ingat tarikh masehi nye bile tapi yang aku ingat hujung bulan November kami pindah secara rasminya 1 Muharram 1434 Hijrah. Kami tak rancang pun nak pindah tarikh tu, tapi kebetulan hari tu cuti. Kira ok la tu kan. Ambik berkat tahun  baru islam. Kiranya kami pun berhijrah dari rumah lama ke rumah baru. Semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga.
Proses nak pindahkan barang- barang dari rumah lama ke rumah baru kami ni akau anggap agak unik sikit. Tapi kalau orang lain fikir mesti diorang cakap kami kedekut. Sebabnya boleh dikatakan hampir semua barang- barang husband aku yang angkat SENDIRI. Diulangi SENDIRI ok...ko mampu? Dah la rumah lama tu kat tingkat 2. Gagah kan husband aku ni. Macam ala- ala badang gitu.. Tapi bab barang yang besar- besar macam fridge, almari, mesin basuh ngan meja komputer je husband aku mintak tolong kawan dia. Yang lain husband angkat SENDIRI. Kalau nak harapkan aku...memang tak la...lagi pun time tu kan aku tengah pregnant kan Aimy. So aku tolong kemas sikit- sikit je la.
Oh ya...pastu urusan hantar barang- barang dari rumah lama ke rumah baru husband aku telah mempergunakan van syarikat. Proses pindah dan angkut  mengangkut barang- barang dari rumah lama ke rumah baru ni bukannya satu hari ye...ianya mengambil masa hampir setahun. Husband aku hantar sikit - sikit. Mana- mana barang yang agak- agak jarang pakai tu kami hantar dulu ke rumah baru. Ala lagi pun rumah aku manalah ada perabot sangat. Semuanya yang basic je. So angkat sikit- sikit barang tu lama- lama penuh dah rumah baru kami ni sampai la ke hari ni kami tak siap- siap lagi mengemas. Tensi aku tengok rumh tak berkemas- kemas.
Takpe la, slow- slow in shaa Allah satu hari nanti siap la kemasnya tu.
Ape pun aku berdoa semoga hidup kami sekeluarga akan lebih baik di rumah baru ni. In shaa Allah. Ameen.

Cuti Yang Panjang

Aku masih lagi bercuti. Cuti bersalin kali ni aku ada 90 hari. Dulu time anak pertama dan kedua cuma 60 hari je. Termasuk hari ni cuti aku masih lagi berbaki dalam sebulan setengah lagi. Peh..lama lagi tu. Tapi pejam celik pejam celik kejap jer dah nak g keje. Tension pulak fikir bila dah nak start kejer ni.
Banyak perkara yang kena difikirkan bila dah naik kerja nanti. The biggest problem is...mana la aku nak letak baby ni? Siapa yang nak jaga my baby? Aku plan nak hantar dekat nursery yang dalam taman aku ni je. Tapi sampai la ni tak pergi pun untuk survey.
Aku tak ada pengalaman hantar anak ke nursery, time Aisyah denagn Syifa dulu aku hantar kat babysitter, Kak Nor. Anak- anak aku panggil dia mama. Alhamdulillah la dapat orang yang baik dan aku puas hati dengan cara dia jaga anak aku. Diorang pun memang serasi dengan babysitter tu. Sampai sekarang walaupun aku dah tak duduk di Taman Mas tu lagi, tapi Aisyah dengan Syifa selalu je mintak aku hantar diorang g rumah mama dia. Alahai anak- anak..rumah mama tu dah jauh la sayang....Tapi bohongla kalau aku kata kan yang babysitter aku dulu tu perfect. Biasalah yang sikit-sikit tu aku buat- buat tak nampak je la. Yang penting anak aku tak patah kaki tangan sudah.
Now, time Aimy memang tak de rezeki la aku nak Kak Nor yang jaga. Ikutkan hati memang aku nak Kak Nor je yang jaga. Tapi memang agak menyusahkan kalau pagi-pagi aku kena rushing nak g hantar Aimy ke rumah Kak Nor. Aku doa sangat Allah ketemukan orang yang baik untuk jaga Aimy sepanjang aku keluar kerja nanti. In shaa Allah.

Saturday, 8 December 2012

Blog Yang Sudah Bersawang

Fuh! Fuh! Fuh!...penuh ngan sawang dah blog aku ni. Tu la org ada blog ko pun nk ada blog jugak. Tp org tu rajin nk update blog depa. Tp ko pulak mcm sabut. Kejap tenggelam kejap timbul. Tu la realitinya aku. Aku bukannye kategori bloger tegar. Yg stp hari nk update blog. Bukan tk de cerita yg nk di kongsi tp MALAS. Bukan tk de masa nk blogging tapi MALAS. Susahkan kalau ada sikap MALAS . 
So kembalinya aku pada hari ini adalah saja nk ingatkan kembali cara-cara nk update blog. Takut-takut terlupa pulak. Nanti kalau MALAS aku dh pergi aku berazam untuk mencatatkan cerita hidup aku untuk tatapan sendiri dan anak-anak di kemudian hari. In shaa Allah.

Friday, 20 January 2012

My Husband's Company Family Day @ Lotus Desaru Resort, Kota Tinggi.

A day before that day, kami dh bergerak balik ke Kota Tinggi. Bukan excited nak join Family Day tu, tapi kan ke Kota Tinggi ni kampung halaman aku. So semestinya aku nk balik bertemu keluarga tercinta di sana. Agak frust la jugak kan, sbb semenjak aku berkahwin ni, ini kira 1st time aku nk join Family Day husband aku. Tup tup deiorang buat kat Desaru???Kalau orang macam aku yang memang anak jati Kota Tinggi ini mestilah akan cakap "Ape kelasss buat Family Day kat Desaru? Tu tempat aku main lari2 masa aku kecik2 dulu. Dah tak excited nk pergi situ dah". Tapi aku faham ok...ni bukan company BAPAK aku atau BAPAK MERTUA aku. So pasrah je la..


Dulu kalau nak ke pantai Desaru mesti lalu hotel ni. Time tu single lagi. Tk sangka this time aku berpeluang pergi bersama2 suami dan anak-anak. Terasa cepat betul masa ni berlalu.
Kalau aku tk silap hotel ni dulu namanya IMPIANA. Pastu lama ditutup.Kalau pergi desaru tengok hotel ni macam seram je. Dah la besar pastu sunyi sepi je. Lokasinya betul-betul laluan masuk kat dalam kawasan desaru ni. Tau-tau sekarang ni dah hidup balik. Siap tukar nama lagi. Menurut budak driver buggy kat resort ni, memang dah tukar owner hotel ni.

Ok jom tengok gambar2 semasa d LOTUS BEACH RESORT.

Antara view di Lotus Desaru Resort.


Gila la...tension aku. Komputer ni giler.Penat aku merapu panjang2 pastu ilang pulak!!!!So aku stop sini dulu la,. esok2 klau aku rajin aku sambung la.